Social Icons

Monday, January 12, 2015


Hari 9




Tarikh: 05.01.2015
Masa :9.00 -10.30A.M
Tempat: Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (Produk Sos Cili Sesar Unjur)
Kehadiran: Hafiz,Fariz,Cyrill,Nabilah,Haziqah,Nurazimah




Temubual seterusnya ke Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) sos cili Sesar Unjur di kidurong. Pengurus bernama Muhammad Nazrul. Tujuan ahli kumpulan kami ke sana adalah untuk mengetahui sendiri bahagian pengeluaran operasi perniagaan dan maklumat tambahan. Beliau telah menunjukkan beberapa mesin pemprosesan yang mereka gunakan dan mencerita banyak bahagian operasi ini. Pengeluaran merupakan suatu proses menukarkan sumber-sumber pengeluaran kepada barang siap atau barang separuh siap. Setiap usahawan akan menggunakan bahan mentah, peralatan dan pekerja secara efektif di dalam pengeluaran barang–barang. Aktiviti yang dilakukan oleh pengurus operasi adalah seperti kawalan terhadap kos, penentuan tahap kualiti, aliran keluar masuk inventori dan menentukan penggunaan peralatan secara optimum. Selain itu, daripada kesukaran mendapatkan modal yang mencukupi, pihak operasi menghadapi masalah di dalam mendapatkan sumber manusia. Mereka hanya mengambil isteri-isteri nelayan di Bintulu sahaja. Seterusnya, pengurusan bahan penting dalam proses merancang, mengatur dan mengawasi aliran bahan-bahan bermula daripada proses membeli bahan mentah sehingga kepada pengagihan barangan yang telah siap. Ini bermakna bahawa bahan-bahan mentah itu mengalami proses operasi juga diurus dengan teliti.

Kesimpulannya, proses pengeluaran operasi merupakan proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu produk dikeluarkan. Keadaan yang sama juga berlaku terhadap perkhidmatan. Ia bermula dengan input kemudian melalui proses transformasi dan menghasilkan output. Dalam menghasilkan output yang dikehendaki, pihak operasi akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekurangan modal, tenaga pekerja yang mahal dan sebagainya. Perancangan dan penjadualan produk merupakan sesuatu yang penting yang perlu difikirkan oleh pihak pengurus. Ini bermakna melalui perancangan dan penjadualan inilah  persoalan tentang apakah produk yang akan dikeluarkan, berapa banyak dan bila.


·         Rujukan :
·         ~ Buku ilmiah : PENGURUSAN oleh Sabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd. Razuan B. Rahid dan Ruhana Busu.
   ~ Pengurus bernama Muhammad Nazrul


Disediakan oleh : 
  • Nabilah Nur Su'aidah Binti Hamdan - S19376
  • Nurazimah Binti Abdul Muin - S19414 

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates