Social Icons

Sunday, March 1, 2015

HARI 14


Tarikh        : 24/ 2/ 2015
Masa         : 2.00-3.30 petang
Tempat      : Pejabat Majlis Amanah Rakyat ( MARA)
Kehadiran : Hafis, Faris, Nabilah, Haziqah dan Ziemah.  

Aktiviti  :

  • Pada temubual kewangan kali ini kami telah menghadirikan diri ke Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama Cik Saftuyah sebagai Pekerja Urusan Pentadbiran dan kewangan serta Pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bintulu. Cik Saftuyah telah banyak memberi keterangan dengan baik mengenai kewangan kepada kami. Ketika itu kami bertanya beberapa soalan mengenai kewangan di MARA kepada peminjam atau lebih dikenali seorang usahawan kecil untuk meminjam bagi  perniagaan mereka.   
  •  Antara syarat-syarat yang dikenakan kepada usahawan yang ingin memohon pinjaman MARA adalah :
  1.  Warganegara 
  2.  Harus mempunyai lesen perniagaan
  3. Perniagaan mesti melebihi 6 bulan kerana pihak MARA ingin melihat penyata pendapatan ( penyata akaun)
  4.  Mempunyai kedai atau perniagaan sendiri.


  • Jika peminjam meninggal dunia pihak MARA akan melupuskan segala hutang yang ada atau halalkan. Selain itu, pihak MARA tidak akan mengenakan sebarang caj atau denda kepada usahawan yang ingin meminjam dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tindakan akan diambil sekiranya peminjam melampau atau mengambil masa yang agak lama dalam melebihi 10 tahun melunaskan hutang. Tempoh pembayaran balik bagi agensi MARA adalah paling minimum 3 tahun dan paling maksimum selama 5 tahun.
  •     Pinjaman adalah salah satu alternatif untuk mendapatkan modal. Pinjaman terbahagi kepada dua iaitu pinjaman secara langsung dan pinjaman tidak langsung. Pinjaman daripada bank perniagaan dan syarikat kewangan adalah contoh pinjaman secara langsung manakala pinjaman dari keluarga dan rakan adalah contoh pinjaman tidak langsung.

  • Kriteria-kriteria permohonan pinjaman yang dinilai oleh Bank Perniagaan :
  1. Status dan sejarah syarikat – data peribadi usahawan, para pemegang saham syarikat, senarai asset dan liabiliti syarikat serta beberapa akaun penting seperti pusinganti inventori, akaun belum terima.   
  2. Prospek syarikat – menyediakan rancangan masa depan seperti perancangan pemasaran untuk diberikan kepada pegawai bank dalam proses nilai pemohonan. Selain itu, jangkaan pertumbuhan pasaran dan ramalan keuntungan tahunan syarikat. Akhir sekali, visi,misi, dan hala tuju syarikat.
  3.   Tujuan pinjaman – butir-butir penting seperti jumlah pinjaman, tujuan pinjaman dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan pinjaman yang disediakan.
  4. Jadual pembayaran balik – tempoh masa bagi usahawan untuk membayar balik pinjaman jika diluluskan. 
  5. Penilaian keupayaan kredit – memahami dan menilai keupayaan kredit setiap pelangan. Ia  penting kerana dapat menghindarkan perniagaan daripada menjadi bankrap akibat terpaksa menanggung hutang lapuk dan akaun belum diterima. Perkara yang terkandung di dalam penilaian keupayaan kredit :

  •   Modal
  •  Cagaran
  • Keupayaan
  •  Perwatakan
  •  Keadaan 


  •    Apa yang kami dapat simpulkan berkaitan kewangan ialah kewangan mempunyai kaitan yang amat rapat setiap fungsi perniagaan kerana tanpa bantuan dan sokongannya, fungsi-fungsi perniagaan berkenanan ini tidak bergerak seperti yang dirancang.
  •  Fungsi utama dalam pengurusan kewangan ialah mendapatkan sumber pembiayaan bagi perniagaan dan merancang penggunaan sumber yang telah diperolehi. Sumber pembiayaan boleh distrukturkan sama ada dengan menggunakan salah satu daripada sumber ekuiti atau sumber hutang kombinansi kedua-duanya. 
  •  Pengurusan kewangan perlu memastikan sumber pembiayaan yang boleh meminimumkan kos kewangan. Pengurusan kewangan syarikat melibatkan kaedah-kaedah penggunaan aset yang berkesan bagi semasa, modal, dana, liabiliti serta ekuiti. Secara ringkasnya, usahawan hendaklah menggunakan pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan berhati-hati supaya pengurusan perniagaannya dapat berjalan dengan lancar.
  •  Usahawan perlu sedar bahawa syarikat besar memerlukan pembiayaan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan syarikat kecil. Di dalam membuat pelaburan baru, membangunkan produk baru, perluasan pasaran dan sebagainya, usahawan mestilah cekap menguruskan kewangan dan sentiasa berwaspada menggunakan dana yang ada.
  • Akhir sekali, untuk membuat dan memohon pinjaman harus menyediakan penyata aliran tunai, penyata pendapatan dan lembaran imbangan perniagaan. Oleh itu, penggunaan dan penyediaan tersebut dengan menggunakan Microsoft Excel di dalam komputer. 

Bukti kumpulan kami menghadirkan diri di MARA Bintulu untuk temubual bahagian kewangan



Ini adalah catalog dan risalah yang diberikan oleh MARA

Disediakan oleh : 
  • Nabilah Nur Su'aidah Binti Hamdan - S19376
  • Nurazimah Binti Abdul Muin - S19414  
  • Haziqah Binti Saharuddin - S19315


        RUJUKAN


  •   Cik Saftuyah sebagai Pekerja Urusan Pentadbiran dan kewangan serta Pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bintulu
  • Buku : AB. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates