Social Icons

Thursday, December 25, 2014

Hari 4


Tarikh            : 14 / 12 / 2014
Masa              : 2.00 – 3.30 petang
Tempat          : Kolej Kediaman 2.
Kehadiran    : Hafiz, Faris, Cyrill, Nabilah, Haziqah dan Nurazimah.

Aktiviti yang dijalankan :


 Perbincangan kali ini bersama semua ahli kumpulan mengenai nama syarikat yang ingin di tubuhkan serta kami juga mencipta logo syarikat kami.  Selain itu, kami semua membincangkan jenis perniagaan  dan tidak ketinggalan juga visi dan misi syarikat sejuk beku

 Nama syarikat kami ialah : 

Nama Syarikat : SB Enterprise
Bentuk Perniagaan :Perkongsian 
Aktiviti Perniagaan : Memproses, Membekal dan Memasarkan Makanan Sejuk Beku
Jenis Pendaftaran : Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Tarikh Ditubuhkan : 26 Desember 2014 
Alamat Syarikat : No. 27, Lot 7428, Assyakirin Commerical Square, 97008 Bintulu, Sarawak.
No.tel: 086-331113
No. fax : 086-33312


Syarat pendaftaran :
1.Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau bermastautin tetap, umur sekurangnya 18  tahun.
2. Perniagaan telah dimulakan semasa permohonan dibuat.
3. Perdaftaran perlu dibuat dalam tempoh tidak lebih 7 hari selepas perniagaan dimulakan.


Cara Menubuhkan Perniagaan :
1.    Borang yang digunakan ialah Borang ‘A’. borang ini boleh diperoleh di kaunter Pejabat Pendaftar Perniagaan atau pejabat pos.
2.    Borang perlu diisi dan dikemukakan ke Pejabat Pendaftar Perniagaan.
3.    Dokumen-dokumen sampingan yang perlu disetakan bersama Borang “A” adalah :

  • Satu Salinan foto kad pengenalan pemilik.
  •  Satu dokumen sokongan bagi jenis perniagaan yang memerlukan permit atau lesen dari agensi yang mengeluarkan atau akan mengeluarkan permit itu.

OBJEKTIF Syarikat   

  • Mempunyai kepelbagaian jenis  produk sejuk beku pada tahun hadapan
  • Memastikan produk sejuk beku sentiasa berada di pasaran dalam jangka masa panjang.
                               
PIAGAM PELANGGAN

 “Menjanjikan rasa dan kualiti “
  “ Kepuasan Pelanggan amat Diutamakan “


4)    Visi dan misi syarikat kami ialah:

VISI

Untuk menjadikan makanan sejuk beku sebagai pasaran utama dan terpenting di Malaysia atau Bintulu.


MISI


  •  Mengeluarkan dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi serta perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 
  •  mendapatkan pelanggan yang tetap dan setia kepada produk yang dihasilkan.


Syarikta kami telah mencipta sebuat logo perniagaan seperti berikut :





Ini adalah carta organisasi Syarikat SB Enterprise :



2 comments:

 
Blogger Templates