Social Icons

Monday, December 1, 2014

Hari 1



Tarikh          : 29 / 11 / 2014
Masa           : 2.00 - 4.00 petang
Tempat       : Kolej Kediaman 2
Kehadiran : Semua ahli kumpulan hadir ( Hafiz, Faris, Cyrill, 
                       Nurazimah, Nabilah dan Haziqah )


Aktiviti yang dijalankan :
  1. Pemilihan produk bagi Rancangan Perniagaan yang akan kami usahakan. 
  2.  Membuat carian di internet berkenaan produk-produk pertanian yang terdapat di kawasan Bintulu.
Perbincangan kali ini kami mencari maklumat mengenai produk Rancangan Perniagaan yang akan dijayakan tidak lama lagi. Setiap ahlijawatankuasa memainkan peranan masing-masing untuk mencari keistimewaan dan sama ada perniagaan itu mengaut keuntungan yang besar atau tidak. Antara Projek yang akan menjadi pilihan kami ialah projek ikan kulong dan projek sarang burung.

Pilihan utama projek sarang burung sebagai contoh, sarang burung ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan membolehkan syarikat kami maju kehadapan suatu hari kelak. Khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan umur.



Gambar sarang burung :


                                     
     

                                    



Gambar semasa perbincangan dijalankan:





2 comments:

 
Blogger Templates