RINGKASAN
EKSEKUTIF
- Syarikat SB Enterprise merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan berasaskan makanan sejuk beku. Syarikat SB Enterprise ditubuhkan pada 26 Desember 2014. Syarikat kami terletak di Bintulu ,Sarawak dan terdiri daripada 6 orang rakan kongsi yang bersama-sama menubuh dan menjayakan Syarikat SB Enterprise.
- Syarikat kami menyewa sebuah bangunan kecil sebagai tempat penyimpanan produk sejuk beku dan tempat penghasilan produk. Tujuan kami mempelbagaikan produk kami adalah untuk menarik minat pelanggan dan menyenangkan para pembeli untuk memilih dan membeli makanan sejuk beku mengikut keinginan mereka, dan khusus bagi pelanggan yang sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Produk makanan sejuk beku ini mempunyai pelbagai jenis iaitu karipap, popiah, samosa, roti bom, dan makanan sejuk beku yang lain.
- Selain mementingkan kualiti dan mutu produk syarikat kami, kami turut menitikberatkan keselamatan serta kebajikan pelanggan kami. Produk kami iaitu SB Enterprise telah mendapatkan kelulusan dan pengiktirafan sijil halal dari JAKIM (Jabatan Agama Kementerian Islam Malaysia). Sebagai syarikat baru, kami memulakan perniagaan kami dan menjual produk dengan menawarkan harga istimewa dan berpatutan kepada pelanggan. Pelbagai aktiviti pemasaran dilakukan untuk memperkenalkan produk kami di pasaran seperti promosi.
ANALISIS PASARAN
Analisis Segmen
Pasaran
- Melalui analisis segmen pasaran, kami dapat mengenalpasti kehendak pelanggan dan apa yang kami perlukan untuk memperbaiki produk kami. Terdapat beberapa ciri dalam segmen pasaran iaitu demografik, psikografik, geografik dan tingkah laku. Semua ciri-ciri ini amat penting bagi kami untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan memberi banyak faedah kepada pelanggan kami.
- Demografik -Syarikat kami mensasarkan pembeli yang berumur 20 tahun hingga 45 tahun iaitu pelanggan yang sibuk dengan kerjaya dan isirumah. Produk kami adalah produk yang tidak begitu mahal dan mampu milik oleh pelbagai peringkat pendapatan sama ada dari yang berpendapatan rendah hingga yang berpendapatan tinggi. Selain itu, makanan sejuk beku ini juga sesuai dimakan oleh lelaki dan wanita serta tanpa mengecualikan pembeli dari pelbagai bangsa dan agama.
- Psikografik – Produk makanan kami disediakan khas bagi mereka yang menggemarkan sesuatu yang mudah dan cepat untuk dimasak. Pembeli tidak perlu menyediakan bahan-bahan masakan tetapi cuma perlu panaskan dalam masa yang singkat dan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan..
- Geografik – Setakat ini, kami memasarkan dan menjual produk kami di semenanjung dan sekitar Sabah Sarawak. Kami menumpukan pasaran produk kami di kawasan yang mempunyai ramai penduduk.
- Tingkah Laku – Syarikat kami menyediakan produk makanan segera yang sihat dan berkualiti untuk pelanggan di mana semua produk kami menggunakan bahan bebas kimia yang selamat dimakan oleh semua masyarakat tidak mengira umur dan jantina. Produk kami amat mementingkan penjimatan masa dan memastikan semua masyarakat yang sibuk bekerja hingga tiada masa untuk memasak di rumah untuk diri dan keluarga boleh menikmati makanan tanpa perlu memasak dengan masa yang lama. Kami turut mementingkan kualiti dan mutu produk untuk mengekalkan dan sekaligus menambahkan bilangan pembeli yang setia kepada produk kami.
- ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARANPASARAN MAKRO
- Demografik - Syarikat kami telah mensasarkan produk kami kepada golongan yang sibuk bekerja dan isirumah. Dengan kesibukkan mereka maka masa untuk menyediakan keperluan adalah terhad. Pertama sekali berdasarkan umur iaitu 20-45 tahun. Golongan tersebut mestilah dalam konteks sudah bekerja dan sudah berkawin. Dari segi pendapatan golongan yang telah bekerja mampu untuk membeli produk sejuk beku jualan kami yang sedia mudah dan cepat untuk keluarga. Oleh itulah kami bercadangkan memasarkan produk ini untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
- Ekonomi - Persekitaran ekonomi terdiri daripada pemasaran secara keseluruhan termasuk kitaran perniagaan,pendapatan pengguna dan corak perbelanjaan pengguna dan syarikat. Di dalam penggunaan kitaran perniagaan adalah boleh bergerak secara menaik dan menurun. Ianya membawa maksud setiap aktiviti perniagaan akan mengalami keuntungan secara naik dan turun. Dalam syarikat kami menumpukan kepada pelanggan yang mempunyai pendapatan yang sederhana dan sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk menyediakan keperluan mereka. Oleh itu,kami menetapkan harga pada peringkat pelanggan mampu untuk membeli. Sekiranya ekonomi pasaran merosot kami akan meletakkan harga produk pada tahap yang rendah namun masih boleh menampung proses pengeluran produk kami. Manakala jika ekonomi negara berkembang, kami akan meningkatkan tahap harga produk kami lebih tinggi sedikit. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan pelanggan masih mampu untuk membeli produk kami dan tetap mengekalkan supaya pelanggan tidak menoleh pasaran produk lain.
- Semulajadi- Persekitaran semulajadi dalam konteks pemasaran adalah sumber-sumber semulajadi yang diperlukan oleh pemasar atau yang telah terjejas disebabkan proses pemasaran yang melibatkan bahan mentah dan lain-lain yang digunakan oleh syarikat. Berikut merupakan konsep semulajadi dalam produk perniagaan yang dikeluarkan oleh syarikat kami, produk kami selamat dimakan kerana tidak mengandungi bahan kimia. Semua bahan yang digunakan adalah merupakan sumber bijiran,tepung, buahan, daging ,dan sayuran.
- Teknologi- Teknologi yang dimaksudkan adalah untuk kemudahan pengeluran produk supaya menjadi lebih cepat, jimat masa dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang banyak. Selain itu, penggunaan teknologi dari segi pemasaran pengiklanan menerusi talian atas talian. Untuk produk kami, teknologi yang digunakan adalah berkaitan dengan pengadunan proses membuat adunan tepung serta teknologi penggunaan penyimpanan produk sejuk beku kami agar dapat mengekalkan kualiti produk yang telah kami buat. Di samping penggunaan teknologi pada produk kami juga turut membolehkan agar pelanggan tidak menunggu lama semasa pembelian produk kami yang sedia dimasak. Politik- Konsep politik dan undang-undang di dalam persekitaran perniagaan adalah termasuk undang-undang, peraturan-peraturan dan tekanan sosial yang akan memberi kesan terhadap perniaga tersebut. Terutamanya untuk terma dan syarat undang-undang serta peraturan-peraturan yang dipakai oleh perniagaan tersebut hendaklah mematuhi setiap aspek pembungkusan, pengiklanan, harga dan jualan kepada bawah umur. Ianya adalah untuk mengelakkan agar tiada penindasan terhadap pelanggan. Untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan dengan lebih mendalam lagi, kami mendapat pengiktirafan HALAL daripada pihak JAKIM . Manakala untuk aspek kesihatan, pihak Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) telah memantau aktiviti syarikat kami.
- Budaya - Budaya adalah didefinisikan sebagai sesuatu aspek yang membantu dalam pemasaran. Ianya termasuk dari segi budaya, adat, kepercayaan, cara pemakanan dan lain-lain. Salah satu cara untuk pemasaran produk kami adalah merujuk kepada kehidupan masyarakat kini. Oleh itu, kami sentiasa mengikuti trend pada masa kini untuk memasarkan produk kami agar tidak ketinggalan dengan produk lain. Di samping itu, kami sentiasa mengekalkan agar pelanggan sentiasa memberi maklumbalas terhadap produk kami. Faktor kami mengeluarkan produk sejuk beku juga telah membantu masyarakat yang kian sibuk hari demi hari untuk menjalankan kehidupan mereka dengan lebih cekap.
PASARAN MIKRO- Syarikat- Syarikat adalah merupakan persekitaran dalaman yang terdapat didalam syarikat untuk aktiviti pemasaran produk.Ianya mempunyai jabatan yang berlainan terdiri daripada Jabatan Kewangan, Jabatan Pemasaran , Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Pembelian serta mempunyai Pengurus Atasan. Seperti syarikat kami, Syarikat SB Enterprise merupakan syarikat yang terdiri daripada 6 rakan kongsi yang berkhidmat sebagai ahli dalam syarikat ini.
- Pembekal- Pembekal adalah orang yang membekalkan sumber bahan asas yang diperlukan oleh sesebuah syarikat dalam proses pengeluaran bahan lain. Contoh dalam syarikat kami, sumber bahan asas seperti tepung diperolehi dari gudang yang memproses tepung itu. Setiap daripada bahan yang digunakan telah diperiksa dan ternyata selamat digunakan serta tidak mempengaruhi kesan terhadap akhlak dan tubuh badan kita. Selain itu, kami memastikan bahawa pembekal kami tidak menetapkan harga yang tinggi supaya tidak memberi impak yang dalam kepada produk kami dari segi harga jualan.
- Orang Tengah- Peranan orang tengah adalah untuk membantu sesebuah syarikat untuk mempromosi produk kami ke pasaran luar. Terdapat pelbagai jenis orang tengah yang terdapat di pasaran antaranya peruncit, pemborong secara pukal dan lain-lain. Selain itu,kami juga jualan dilakukan di pasaraya besar-besar dan menbuat promosi secara pengiklanan. Tujuan kami adalah untuk pelanggan mengetahui produk kami terdapat di pasaran.
- Persaingan- Persaing adalah organisasi yang bersaingan dengan syarikat sendiri untuk mendapatkan pelanggan yang sama serta memenuhi kehendak dan keperluan yang turut sama dengan syarikat kita. Setiap persaing yang ada akan berusaha untuk meningkatkan mutu produk supaya pelanggan lebih tertarik dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat mereka. Namun, persaingan secara sihat telah diamalkan oleh kami. Hal ini kerana kami sentiasa menjadikan persaing kami sebagai cabaran pada masa hadapan.
- Awam- Awam adalah segolongan organisasi syarikat yang mempunyai kepentingan sebenar atau yang berpontensi dalam mencapaikan matlamat sesebuah organisasi syarikat tersebut. Dalam syarikat kami, hanya terdapat bantuan dari segi perbankan iaitu kami meminjam wang daripada pihak MARA. Tambahan pula, pihak media seperti surat khabar, dan belian atas talian membantu dalam memperkenalkan produk kami secara meluas. Oleh itu, tidak hairanlah produk kami terkenal pada pelanggan yang ada di sesuatu tempat dan berkemungkinan akan diperluaskan lagi di peringkat negeri dan antarabangsa.
- Pelanggan- Pelanggan adalah golongan yang membeli produk yang dijual didalam perniagaan . Di dalam perniagaan individu yang sentiasa menginginkan keperluan yang cepat siap dan mudah disedia untuk keperluan mereka.
Disediakan oleh : - Nabilah Nur Su'aidah Binti Hamdan - S19376
No comments:
Post a Comment