Tarikh : 2 / 12 / 2014
Masa : 11.00 – 12.30 petang
Tempat : Perpustakaan UPMKB, Sarawak.
Kehadiran : Hafiz, Faris, Cyrill, Nabilah, Haziqah dan
Nurazimah.
Aktiviti yang
dijalankan :
1)
Perjumpaan ini di jalankan untuk mengenalpasti sama ada produk ikan kulong dan
sarang burung masih terdapat di Bintulu atau tidak.
2)
Setelah mengetahui produk itu tidak terdapat di Bintulu, kami telah mencari
produk pertanian yang lain.
3)
Berbincang dan mencari produk lain seperti sejuk beku, bakeri, kerepek pisang,
ikan lampam jawa, kambing boer, belacan dan ikan keli.
4)
Mengenalpasti dan menghubungi semua jenis produk yang dipilih untuk produk
rancangan perniagaan.
Sekali
lagi kami mengadakan perjumpaan untuk memastikan produk ikan kulong dan sarang
burung itu masih wujud atau tidak di Bintulu ini bagi mudah untuk kami
berurusan. Oleh itu, salah seorang ahli kumpulan menghubungi pihak berkenaan
terhadap produk itu. Masalah yang timbul adalah kedua-dua projek itu tidak
mendapat sambutan dan ridak sesuai di Bintulu ini. Tanpa membuang masa kami
mengambil keputusan untuk berbincang semula projek Rancangan Perniagaan yang
baharu seperti sejuk beku, bakeri, kerepek pisang, ikan lampam, kambing boer,
belacan dan ikan keli. Akhir sekali, kami menghubungi semua pihak terlibat
untuk memilih produk dan projek yang tepat dan sesuai untuk kami usahakan.
Antara
berikut adalah projek yang akan kami pilih :
Perniagaan
Bakeri adalah sebuah pertubuhan yang menghasil dan menjual barangan bakar dari
sebuah ketuhar seperti: roti, pastri, kek dan cupcake, biskut, muffin, pretzels,
donat, dan barang-barang lain disediakan oleh pembuat roti. Sesetengah kedai
membuat roti runcit dan banyak kedai membuat roti baru juga adalah kedai kopi,
menghidang kopi dan teh kepada para pelanggan yang ingin menikmati barangan
bakar segar di premis-premis kedai membuat roti.
Kedua,
bagi penggemar kerepek pisang tentu boleh membandingkan rasa antara kerepek
pisang nagka denagn kerepek pisang abu, pisang tanduk, pisang nipah atau pisang
relong.Bagi kumpulan kami paling suka buat kerepek dari pisang abu atau
dipanggil pisang batu atau pisang nipah di sesetengah tempat, jadi kami ingin
mengusahakannya.
Ketiga,
Ikan Lampam Jawa lebih dikenali dengan
Kap Jawa(Java Carp) dan boleh didapati dengan banyak di perairan air tawar di
Malaysia dan Indonesia.Ikan ini tergolong didalam golongan ikan air tawar yang
mempunyai nilai yang tinggi dan lebih banyak dipasarkan sebagai ikan
segar(masih hidup) atau dikeringkan (Ikan masin). Badannya berbentuk segitiga
dan pipih.Sisiknya besar dengan warna keperakan atau putih kelabu.
Keempat,
Kambing Boer ini dipilih memandangkan ia adalah salah satu baka kambing
pedaging paling popular di dunia yang memiliki kadar tumbesaran yang cepat,
kesuburan yang tinggi, kualiti baka yang baik, kualiti daging yang rendah
kolestrol, ketahanan terhadap penyakit yang tinggi serta keupayaannya
menyesuaikan diri di dalam pelbagai sistem pemeliharaan dan iklim. Oleh itu
baka ini sangat sesuai sebagai kambing pedaging bagi memenuhi permintaan daging
kambing yang semakin meningkat pada masa kini.
Kelima, terdapat beberapa jenis ikan keli di Malaysia termasuklah ikan keli Afrika. Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah.kebiasaannya ikan keli diberi makan pallet sebagai makan rumusan. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar.
Keenam, belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual.
No comments:
Post a Comment