Social Icons

Thursday, January 8, 2015

Hari 7



Tarikh          : 29 / 12 / 2014
Masa            : 2.30 – 3.30 petang
Tempat       : FAMA Bahagian Bintulu.
Kehadiran : Hafiz, Faris, Nabilah, Haziqah dan Nurazimah.






Aktiviti yang dijalankan :

 
Pada kali ini kami sekumpulan telah menghadirkan diri untuk temubual bersama pegawai Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pihak FAMA telah banyak memberi pendapat dan strategik pemasaran yang mereka gunakan serta hendak digunapakai untuk sesebuah perniagaan yang baru ditubuhkan. Mereka mengatakan sebahagian usahawan hanya memahami bahawa pemasaran itu adalah pengiklanan atau jualan. Sebenarnya, jualan dan pengiklanan tersebut adalah sebahagian daripada pemasaran. 

Kesimpulannya, konsep pemasaran adalah lebih meluas daripada hal tersebut. Pemasaran secara amnya, merupakan aktiviti yang melibatkan pengaliran barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Sekali imbas ia agak mudah tetapi dalam dunia perniagaan, ia tidak semudah yang dijangkakan. Ia melibatkan empat perkara utama iaitu produk, harga, promosi, dan pengedaran atau dikenali juga dengan campuran pasaran (4P). konsep pemasaran ini melibatkan usaha usahawan itu sendiri untuk memberi pertimbangan yang khusus bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Keperluan dan kehendak pelanggan meliputi barangan yang berkualiti dan harga yang berpatutan, promosi yang berkesan, dan pengedaran yang cekap.

Perbincangan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Selepas itu, pihak FAMA telah memberi kerjasama  dan tindakbalas yang baik kepada kami dengan membawa kami ke Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) sos cili di kidurong berjumpa dengan pengurus sos cili untuk membuat temujanji dan meminta persetujuan temubual yang akan datang.


·         Rujukan :
·         ~ Buku ilmiah : PENGURUSAN oleh Sabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd. Razuan B. Rahid dan Ruhana Busu.
      ~ PIhak FAMA BINTULU

Dibuat oleh :
                      -Nurazimah Binti Abdul Muin (S19414)
                      -Nabilah Nur Su'aidah (S19376)

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates