Social Icons

Friday, December 26, 2014

Hari 6



Tarikh            : 25 / 12 / 2014
Masa              : 8.00 – 9.00 malam
Tempat          : Kolej Kediaman 2.
Kehadiran    : Hafiz, Faris, Cyrill, Nabilah, Haziqah dan Nurazimah.

Aktiviti yang dijalankan :

  1)    Perbincangan dengan semua ahli kumpulan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan syarikat yang ingin kumpulan kami temubual.

  2)    Seterusnya, kumpulan kami membincangkan mengenai soalan-soalan yang ingin disoalkan kepada pemilik syarikat berkaitan bahagian pemasaran.


Hari 5



Tarikh            : 24 / 12 / 2014
Masa              : 10.00 – 11.30 pagi
Tempat          : Kolej Kediaman 2.
Kehadiran    : Hafiz, Faris, Cyrill, Nabilah, Haziqah dan Nurazimah.

Aktiviti yang dijalankan :

    Perbincangan dibuat untuk mengetahui tempat atau syarikat untuk ditemubual berkenaan operasi dan pemasaran . selain itu,  kami sekumpulan membuat carian di internet untuk mencari tempat yang terdapat di Bintulu yang sesuai untuk di temubual. Seterusnya, rakan yang bertanggungjawab menghubungi tempat atau syarikat yang dipilih untuk temubual bagi bahagian operasi dan pemasaran. Akhir sekali, membuat perbincangan mengenai analisis SWOT syarikat 
 




Positif
(positive)
Negatif
(negative)
Dalaman
(internal)
Kekuatan
(strengths)
Kelemahan
(weaknesses)
Luaran
(external)
Peluang
(opportunities)
Ancaman
(threats)

 APAKAH ITU ANALISIS S.W.O.T?????
 SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman


 1. Kekuatan (strengths)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut.

 Menawarkan Pelbagai Jenis produk sejuk beku
 Ia adalah merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan pelbagai jenis produk sejuk beku kepada   pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai jenis sejuk beku yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.

 Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh
 Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kami  kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

 Menawarkan Harga Yang Kompetitif
 Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

 2. Kelemahan (weaknesses)
 Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. 

Persepsi Pelanggan Tidak Tetap
     Pelanggan mempunyai persepsi yang tidak tetap terhadap sesuatu barangan seperti sejuk beku. Ini kerana keutamaan atau kecenderungan pengguna terhadap makanan segar itu telah menghadkan peluang pasaran produk proses dan sejuk
beku.
Kurang Dikenali
Perniagaan SB Enterprise Frozen merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing luar yang lain. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.  

 3. Peluang (opportunities)
 Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan
Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan sejuk beku merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira pasangan isteri ataupun wanita yang bekerjaya. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

  Perkembangan Secara Online
     Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

 Mempelbagaikan Produk
 Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis sejuk beku seperti karipap segera, sate, samosa,  dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.
 
4.Ancaman (threats)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan. 

 Pesaing baru
 Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan SBEnterprise Frozen tetap menjadi pilihan utama pelanggan. 

 Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada
 Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada SB Enterprise Frozen untuk memasuki pasaran yang ada.



















 
Blogger Templates