Tarikh
: 12 / 2 / 2015
Hari
: Khamis.
Masa
: 10.30 pagi – 12.00 tengah
hari.
Tempat
: Kelab Sosial dan Kebajikan
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Kehadiran
: Fariz, Hafis dan Cyrill. Semasa
temubual dijalankan Nabilah, Haziqah dan Nurazimah tidak dapat menghadirkan diri
kerana lawatan subjek EAB 2501 ke Kuching. Walaupun mereka tidak dapat
menghadirkan diri tetapi mereka telah diberi tugasan untuk menyediakan soalan-soalan
yang ingin ditanya semasa temubual berjalan.
Temubual
kami pada kali ini adalah ke Kelab Sosial dan Kebajikan Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak di Bintulu. Di sana kami telah menemubual salah seorang pekerja mereka
yang berjawatan sebagai penolong pengarah Tenaga Kerja Bintulu, Sarawak yang
bernama Bibi Diana Binti Abdul Manaf. Tujuan ahli kumpulan kami ke sana adalah
untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bahagian sumber manusia dan
pentadbiran dalam sesebuah syarikat.
Semasa sesi temubual dijalankan,
beliau telah menerangkan mengenai :
- Urusan pengambilan pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Sarawak iaitu mengikut saluran dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ).
- Majikan bagi mana-mana syarikat di Bintulu boleh pergi ke Jabatan Tenaga Kerja jika ingin mengiklankan jawatan kosong yang terdapat disyarikat mereka.
- Format untuk menemuduga : Format pengiklanan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja ( sebelum temuduga dijalankan iklan bagi kekosongan tersebut amat penting )
- Format pengiklanan ini digunakan untuk dua keadaan iaitu :
i.
Untuk diiklankan melalui radio. Contoh RTM
Kuching.
ii.
Untuk diiklankan di surat khabar dua bahasa,
iaitu surat khabar Bahasa melayu dan english.
- Pengiklanan atau iklan ini akan dibuat dalam tempoh seminggu sebelum temuduga diadakan.
- Isi penting yang perlu ada dalam pengiklanan ialah gaji, jawatan, bilangan kekosongan, alamat temuduga , serta tarikh tutup temuduga.
- Kretiria-kretiria yang perlua ada pada pemohon, secara asas ada dua aspek :
i.
Sikap : bahasa badan, komunikasi (cara
berkomunikasi dengan panel), serta pakaian (iaitu pakaian yang bersesuaian dan
kemas).
ii.
Kelayakan : akedamik dan keupayaan dalam dua
bahasa.
- Beliau juga memberitahui kami tentang prosedur pengurusan pengambilan pekerja asing atau bukan bermastautin. Maksud pekerja bukan bermastautin ini ialah pekerja bukan orang Sarawak, contohnya pekerja dari Sabah, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
- Selain itu, jika kita ingin memulakan perniagaan penting untuk kita mengetahui berkenaan undang-undang pekerja (labour ordinance). Jika di Sarawak terdapat buku Labour Ordinance ( Sarawak CAP. 76)
Kesimpulannya,
pengurusan sumber manusia dan pentadbiran adalah sesuatu yang kritikal bagi
membuat keputusan tentang pekerja dan pekerjaan. Bermula darpada proses
merancang, merekrut, mengambil sehingga kepada melatih dan meyelenggara
pekerja, keadaannya adalah rumit kerana ia melibatkan kejiwaan dan kemanusiaan.
Kebanyakan daripada kita lebih berfikir kepada apakah kebajikan yang dibuat
oleh syarikat atau organisasi terhadap pekerja. Mungkin ini adalah disebabkan
kita semua adalah pekerja. Amat jarang sekali kita berfikir bagaimana sikap dan
gelagat pekerja juga turut memberi masalah kepada majikan, malah masalah itu
lebih merumitkan lagi kerana ia akan membawa kepada kerugian yang akan membawa
kepada kesan syarikat tidak mampu membayar gaji keseluruhan pekerja. Namun
begitu masyarakat akan terus menerus menyalahkan organisasi kerana organisasi
tidak mampu mengawal pekerja yang memberi masalah. Adalah lebih baik majikan
mempunyai tahap ketegasan yang tinggi di samping mempunyai ihsan yang juga
tinggi. Dengan ini mungkin akan memberi motivasi yang lebih baik kepada pekerja
yang setia dan juga berkemampuan dan memberi amaran kepada pekerja yang
bermasalah dan menunggu peluang untuk membuat onar.
Rujukan
:
~
Buku ilmiah : PENGURUSAN oleh Sabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd. Razuan
B. Rahid dan Ruhana Busu.
~ Bibi Diana Binti
Abdul Manaf : Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bintulu, Sarawak
Disediakan oleh :
- Haziqah Binti Saharuddin - S19315
- Nabilah Nur Su'aidah Binti Hamdan - S19376
- Nurazimah Binti Abdul Muin - S19280
![]() |
Gambar selepas ahli kumpulan kami menemuramah beliau. |
![]() | ||||||
Gambar diatas ialah Buku Labour Ordinance (Sarawak CAP.76) A mended as at 10th February 2005 by Act A 1237 |
Gambar diatas adalah borang-borang berkenaan laporan tentang pekerja bukan bermastautin yang digaji, borang kontrak iklan dan draf iklan.
No comments:
Post a Comment