Peluang Pemasaran
- Produk kami mampu bersaing dengan ramai pesaing luar sekiranya mendapat sambutan yang baik dari pembeli dan laris di pasaran. Kami perlu sentiasa meningkatkan kualiti produk untuk kepuasan pelanggan. Keistimewaan pelbagai jenis produk makanan sejuk beku seperti karipap, samosa, popiah, roti bom, ayam,dan lain-lain kami boleh menjadi pembantu kepada kejayaan kami di pasaran. Selain itu, kami juga menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia yang berumur 20 tahun hingga 25 tahun bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera di cawangan kami.
ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN (4P’s )
Strategi Produk
- Syarikat kami menyediakan produk makanan sejuk beku seperti karipap, samosa, popiah, roti bom, ayam,dan lain-lain kepada pelanggan iaitu kepada para pelanggan melalui cawangan kecil yang terdapat di pasar raya seperti Farley, MDS dan Sin kwong di bintulu, Sarawak di mana ianya menjadi tumpuan para pelanggan. Strategi untuk memenangi hati pelanggan kami adalah dengan memastikan portfolio produk kami kukuh. Kami menyediakan produk dalam masa yang singkat dengan berkonsepkan ‘ BUY , EAT AND GO’ . Strategi ini adalah berkesan untuk bersaing dalam pasaran.
Objektif
Produk:
- Mempelbagaikan pilihan pengguna kepada produk yang sedia ada.
- Memperkenalkan produk baru kepada pelanggan dengan menambah banyak lagi jenis makanan sejuk beku mengikut cita rasa pelanggan.
- Memenuhi kehendak pelanggan yang ingin menyediakan makanan sejuk beku secara mudah dan cepat.
Ciri-ciri
dan Faedah Produk:
- Produk kami adalah produk yang dijamin halal dan berkualiti kerana syarikat kami mengutamakan kebersihan dan setiap proses pengeluaran adalah dikawal rapi bagi memastikan produk yang kami keluarkan adalah berkualiti tinggi. Kebaikan produk kami ini ialah ianya dapat disediakan dengan mudah dalam masa yang singkat untuk memberi kelebihan kepada pelanggan dalam menjimatkan masa menyediakan makanan .
Strategi
Kualiti Produk:
- Syarikat kami amat menitikberatkan kualiti produk makanan sejuk beku ini agar dapat menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelanggan dan tahan lama kami. Produk kami menggunakan bahan yang dibenarkan di mana ianya adalah selamat untuk pengguna dan tidak memberi kesan sampingan . Tambahan pula, kami mendapatkan bekalan bahan mentah dari pembekal yang menitikberatkan kualiti dan kebersihan bahan mentah tersebut.
Perlabelan
- Produk kami mempunyai logo HALAL yang mana menyebabkan sebahagian besar pelanggan kami membeli produk ini. Selain itu, produk ini juga disertakan dengan logo syarikat kami supaya pelanggan dapat mengambarkan bahawa ianya adalah produk kami apabila ternampak logo syarikat kami.
Penjenamaan
- Syarikat SB Enterprise mengeluarkan produk yang mempunyai pelbagai jenis produk dan ini membezakan produk kami dengan pesaing yang lain. Selain itu, produk kami ini hanya dijual di pasar raya . Oleh sebab itu, pengeluar lain tidak boleh meniru produk sejuk beku syarikat kami dengan adanya penjenamaan ini.
Pembungkusan
- Syarikat SB Enterprise membungkus produk sejuk beku dengan bekas plastik yang tidak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Dengan menggunakan plastik ini, pelanggan dapat menyimpan produk kami ini dengan mudah. sebagai pembungkusan yang mana tidak memberikan kesan negative kepada alam sekitar.
Strategi
Perkhidmatan Produk:
- Syarikat kami menggunakan strategi perkhidmatan tersendiri bagi meningkatkan jualan produk kami ini. Antara strategi Syarikat SB Enterprise ialah :
- Mempunyai pelbaagi jenis produk yang berbeza.
- Mendapatkan maklum balas tentang produk kami agar penambahbaikkan dapat dilakukan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
- Mengambil tindakan yang sepatutnya apabila menerima aduan
STRATEGI PERLETAKAN HARGA
Pelanggan
sanggup membayar untuk mendapat produk atau perkhidmatan walaupun jumlah
bayaran adalah tinggi kerana mereka berpuas hati dengan produk yang mereka
guna.
Asas Perletakan Harga
- Produk SB Enterprise menarik perhatian pelanggan dengan meletakkan harga yang berpatutan selain produknya yang berkualiti. Pelanggan tidak akan teragak-agak atau mengambil masa yang lama untuk membeli produk kami ini kerana harganya yang berpatutan dan berkualiti.
Strategi Penembusan
- Syarikat Produk SB Enterprise menetapkan harga yang rendah untuk mengalahkan pesaing lain dalam pasaran untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar kemudian lama- kelamaan kami akan menaikkan harga mengikut pasaran. Syarikat kami dapat meningkatkan harga produk apabila pengguna pasaran meningkat.
LOKASI
Syarikat SB Enterprise menggunakan saluran
agihan :
Kilang -
Peruncit - Pengguna
Hubungan Saluran Pemasaran
- Produk kami melibatkan perkilangan, peruncit dan pengguna. Syarikat kami menghasilkan produk sejuk beku di kilang dan akan dihantar terus kepada cawangan kami yang terdapat di pasar raya untuk dapat mempromosikan sendiri produk kami.
Kos
- Produk kami tidak menggunakan banyak saluran dan ini telah menjimatkan kos pengantara untuk menghantar produk. Selain itu, kos pekerja untuk menghantar atau menguruskan produk kami juga dapat dikurangkan.
STRATEGI PROMOSI
Objektif Promosi Syarikat SB Enterprise:
- Dapat meluaskan pasaran produk baru kami ke seluruh tempat.
- Dapat menyampaikan maklumat tentang produk kami yang baru ini kepada orang ramai.
- Dapat memberikan kesedaran tentang kewujudan produk kami ini di pasaran.
Pengiklanan
Kami mengiklankan produk sejuk beku ini dengan
cara pengiklanan yang berbeza.
- Mengantung banner
Ø Kami mengantung banner tentang produk kami di tiang lampu di tepi jalan raya.
Ø Orang ramai akan mendapat maklumat tentang
produk kami apabila berada di jalan raya.
- Membuat promosi dalam media massa
Ø Kami membuat promosi dalam Facebook dan Blog
memandangkan banyak orang yang gemar melayari internet.
Jualan Langsung
Kami
menjual produk sejuk beku secara terus pelanggan di samping dapat mempromosikan
produk kami.
Roadshow
Ø Melalui ‘roadshow’ , kami dapat mempromosikan
produk ini di merata tempat.
Ø Sampel percuma akan diberikan kepada pengguna
untuk merasa sendiri produk yang baru dikeluarkan ini.
Promosi Jualan
Promosi jualan dilakukan supaya dapat menarik
perhatian pengguna terhadap produkmakanan sejuk beku. Promosi jualan juga
dilakukan dengan cara:
- Memberikan kupon
Ø Memberikan kupon dari setiap jualan kepada
pelanggan di mana mereka boleh datang lagi ke cawangan kami untuk mendapatkan
produk ini dengan harga promosi.
- Memberi potongan harga
Ø Memberikan
potongan harga pada musim perayaan dan musim cuti sekolah.
ISU TEKNOLOGI
Trend
- Gaya hidup masyarakat sekarang telah berubah mengikut peredaran masa. Mereka menginginkan sesuatu yang baru dan senang disediakan. Oleh sebab itu, produk kami ini sangat sesuai untuk masyarakat sekarang kerana produk kami terdapat dalam bentuk sejuk beku juga. Pelanggan tidak perlu membuat sendiri produk makanan tetapi boleh mendapatkan produk yang siap dibuat.
Kesan
- Kami dapat menarik pengguna untuk membeli produk ini melalui promosi yang betul.
- Permintaan yang tinggi daripada pelanggan akan meningkatkan lagi pasaran produk makanan sejuk beku di pasaran dunia dan ianya membawa kesan baik kepada pelanggan kerana kepuasan pelanggan kami terjamin.
Disediakan oleh :
- Nabilah Nur Su'aidah Binti Hamdan - S19376